KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi tanggungjawab, kebertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan kerajaan dalam menguruskan kewangan awam dan risiko fiskal.
Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata rang undang-undang tersebut memberi penekanan terhadap kebertanggungjawaban kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dalam menetapkan sebarang sasaran fiskal pada masa hadapan.
"Jadi, mulai sekarang, selepas rang undang-undang ini diluluskan, Menteri Kewangan tidak boleh lagi menetapkan sasaran (fiskal) di pejabat Perbendaharaan (Kementerian Kewangan).
"(Langkah ini) tidak mengira (parti) kerajaan, mereka perlu membawa sasaran tersebut ke Parlimen untuk dibahas dan diluluskan," katanya ketika menggulung perbahasan berkenaan pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Menurut naskah biru yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, objektif dasar fiskal itu melibatkan menteri bertanggungjawab merumuskan dan melaksanakan dasar fiskal kerajaan untuk memastikan kemampanan kewangan awam, memelihara kestabilan makroekonomi serta melindungi kesejahteraan rakyat.
Rang undang-undang itu turut menyatakan objektif fiskal dan nilai kuantiti, antaranya untuk memastikan perbelanjaan pembangunan tahunan minimum yang dilakukan sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Pada awal tahun ini, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Akta Tanggungjawab Fiskal itu akan merangkumi beberapa komponen antaranya had peratusan hutang kerajaan tidak melebihi 65 peratus daripada KDNK serta menanggung bayaran khidmat hutang yang tidak melebihi 15 peratus daripada belanjawan tahunan Kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Steven Sim berkata rang undang-undang tersebut memberi penekanan terhadap kebertanggungjawaban kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dalam menetapkan sebarang sasaran fiskal pada masa hadapan. - Gambar fail/Bernama
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Arab Saudi kemuka dokumen jual sebahagian kepentingan Aramco
Pelabur telah lama menjangkakan penjualan saham berkenaan susulan Aramco sedang memperluaskan asasnya sambil menjana dana.
Malaysia Airlines terima tiga pesawat A330neo pada 2024
Malaysia Airlines akan menerima penghantaran tiga A330neo tahun ini, dengan yang pertama dijangka tiba pada suku ketiga 2024, sekali gus mengukuhkan penawaran produk utamanya serta prospek pertumbuhan masa depan dengan kumpulan pesawat berbadan lebar baharu dan susun atur kabin premium serba baharu.
Bekas Presiden PSB dilantik Naib Presiden Kanan PDP - Tiong
Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7025/7080 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7350 semasa ditutup pada Rabu.
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
Gagasan Malaysia MADANI relevan diangkat, diadaptasi di peringkat global - Zambry
Gagasan Malaysia MADANI adalah relevan untuk diangkat dan diadaptasi dalam kerangka global khasnya di negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.
Ringgit terus lemah, ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6800/6860 berbanding dolar AS 4.6675/6725 ketika ditutup pada Selasa.
Korea Selatan dijangkakan menjadi antara negara tertua di dunia pada 2070
Korea Selatan dijangka menjadi antara negara tertua di dunia pada tahun 2070 berdasarkan kepantasan kadar penuaan populasinya.
PdP berorientasikan masa depan perlu jadi teras pendidikan tinggi nasional - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengajaran dan pembelajaran (PdP) berorientasikan masa hadapan perlu menjadi teras pendidikan tinggi nasional.
Senarai pekerjaan berisiko diedar ke sekolah Disember ini - Kula Segaran
Ia akan membantu pelajar mengelak memilih bidang pengajian yang tidak mempunyai masa depan atau sedia berdepan risiko tidak memiliki pekerjaan selepas menamatkan pengajian.